Jumaat, 23 Mei 2014

INI CERITA AKU ! KEM PLKN SINARAN SURIA, SUNGKAI, PERAK - (BAB 1)

eheemm, (sakit tekak plak XD)
ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara, (cewahh, macam nak bagi ceramah plak daa)
tak tak.. aku bukan nak bagi ceramah ke apa. just nak kongsi pengalaman hidup aku. wokeyh.
hari nie 24 hari bulan 5 tahun 2014. so bermakna aku tinggal 2 HARI lagi nak duduk rumah. lepas tuw, aku merantau tempat orang untuk sambung belajar. hah, yg pasal smbg belajar uw, lain hari aku cerita. sekarang nie, aku nak kongsi pengalaman PLKN aku dengan hampa semua. untuk pengetahuan hampa laa kan, aku nie BEKAS PELATIH WIRAWATI KEM PLKN SINARAN SURIA, SUNGKAI, PERAK. KUMPULAN 2 SIRI 11/2014. sepatutnya, aku tak tamat latihan lagi. aku tamat latihan 27 JUN 2014. aku keluar awal . pasai pa ? pasal aku nak pi sambung belajar laa. terpaksa laa buat PENANGGUHAN baq hang !! wokeyh, takpa. aku nak kongsi pengalaman aku dalam PLKN selama 1 bulan 2 minggu. let's story !! ^_^

hah, lagu nie laa rupa 'SURAT CINTA' yang bakal hampa dapat seandainya hampa bakal jadi pelatih PLKN :D

sebenarnya an, time aku dapat 'SURAT CINTA' uw, aku takda perasaan pown nak pi PLKN uw. jiwa aku kosong. aku packing barang pun last-last minit. esok nak pi. hari nie baru sibuk dok packing barang. hahaha teruk dok perangai cik nie ? XD hingga laa sampai depan STADIUM MPS, baru aku ada feeling balik. hahahaa bermacam-macam feeling ada. happy + sedih + terharu + sebak + lonely + takut. semua ada laa time uw. biasa laa, nak pi tempat orang. mana aku biasa. tambah plak, aku dapat PLKN satu tempat dengan member aku. kami dah laa 1 kelas, 1 sekolah, 1 KEM PLKN. hahaa annoying giler rasa time dapat tau uw. daftar plak sebelah-sebelah. kebetulan. time daftar uw aku jumpe CIKGU KAY BEE. cikgu kay bee mmg sporting. aku sayang giler dgn dia. <3
nie laa rupa STADIUM MPS . bagi siapa yang tak pernah tau uw. cik nak bagi tau laa nie XD

nie laa beg yg aku bawa. 2 beg pown dah cukup. baju tak payah bawa banyak2. bukan pakai sgt pown baju awam. banyak pakai baju PT. :D
wokeyh, back to the story.
hari pertama aku di PLKN. aku tak kenal siapa-siapa pown dekat situw. aku keseorangan. no body care about me. sampai-sampai jewp, aku diberi makan tengah hari. seriously, aku tak lalu makan. sebab sedey !! sob sob sob. kene tinggalkan family. yelaa, KEM PLKN. 3 BULAN PENJARA ! bukan 3 HARI beb ! pas makan, aku kena pi daftar plak. banyak kaunter kat cituw. siapa yang pernah pergi, dia tau laa. time uw laa aku dapat tau dorm aku berapa. no indeks aku BP7-10. sayang gila aku dengan no nie :D so, that mean, AKU AHLI KOMPENI DELTA ! lepas selesai semua, aku kena pi kaunter sportcheck plak. semua beg kena sportcheck. biasa laa. procuder depa. time sportcheck uw, MAGGI CUP and MARKER aku kene rampas ! arghhh.. wyh MAGGI ?? nasib baik bawak 2 cup jewp. kebetulan, CIKGU JA (CIKGU JAAFAR) ada kat cituw. dia tanya aku dorm berapa,. i says BP7-10. nthen, dia kata, hah elok sangat laa tuw. cikgu pown cikgu KOMPENI DELTA. dia mintak maggi aku. aku kata ambil jewp laa cikgu. saya tak kisah. setakat 2 cup jewp. hahaha start cituw laa jodoh aku dengan cikgu JA. aikk. jangan salah anggap eak. bukan jodoh cinta tuw. hampa semua dah pikir lain dah tuw. maksud aku. apa-apa aktiviti mesti aku dapat dia. termasuk laa aku nie MENTI cikgu JA :) 

wokeyh, lepas dah selesai semua daftar2 nie, cadar, sarung bantal and selimut pown dah dapat. dengan semangatnya aku nak pi CHECK-IN dorm aku. (amboi, macam nak pi check-in hotel 5 stars. hahaa) makk aihh, jauh giler dorm aku. nun jauh di atas sana ! kena panjat tangga plak uw. ayoyoo nasib baik tak bawa barang banyak. kalau tak, penat aku nak heret bagai.

nie laa rupa dorm aku. semua dorm dekat sini begitu rupanya. tadew yang lain daripada yang lain. semua sama saja ! (nampak tak ada beg biru atas katil uw ? hah, cituw laa tempat aku beradu selama 1 bulan 2 minggu XD )

lepas aku dah check-in dorm aku, aku kena pi ambil segala bagai baju loreng, baju PT, kasut bagai dekat LOGISTIK. hah, time nie ;aa paling aku menyampah. banyak kowt dapat baju kasut FREE !! hahaa satu beg plastik besar penuh. bercinta aku nak bawa barang-barang semua uw naik ke dorm. dah laa kene panjat tangga. nasib baik laa tak koyak plastik aku tuw. kalau tak berterabur baju aku tengah jalan. wokeyh, untuk pengetahuan hampa yang bakal pi PLKN, apa yang korang dapat terus, apa yang korang pinjam. 

barang yang bakal dapat terus (hak milik hampa laa) :
  • baju PT - 2 helai
  • seluar PT - 2 helai
  • baju inner loreng - 2 helai
  • baju kelas - 2 helai
  • seluar kelas - 2 helai
  • stoking kelabu - 2 helai
  • stoking hitam - 2 helai
  • stoking putih - 2 helai
  • barey 
  • tali pinggang
  • topi
  • kasut sukan
  • kasut kelas
  • tuala
  • tudung (bagi yg perempuan SAHAJA) - 2 helai
barang yang pinjam :
  • baju celoreng - 3 helai
  • seluar celoreng - 3 helai
  • boot
  • tali pinggang 
  • bag pack
nie no indek kesayangan aku <3

nie laa katil aku tempat aku beradu ! agak bersepah. yelaa, first week. tak sempat nak kemas lagi. haha XD

nie laa bakal kasut yang bakal hampa dapat seandainya hampa bakal pelatih PLKN :P

wokeyh lah, sampai sini saja salam perkenalan aku tentang KEM PLKN SINARAN SURIA, SUNGKAI, PERAK. nanti lain hari, aku cerita lagi apa yang telah aku hadapi, jalani, tempuhi liku-liku kehidupan di PLKN. tunggu yew ;)

WASSALAM.
    AINAD




2 ulasan:

  1. I know you ainaa..kita pun ex budak plkn Sinaran Suria Kumpulan 2 Siri 11/2014..

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh.. you aina. i know you too :) miss you XD

      Padam