Assalamualaikum semua :D
hari nie aku happy sangat-sangat. sebab aku daa lulus ujian teori ( berkomputer ) untuk lesen motor. owke laa. aku nak cerita sikit pengalaman aku amik lesen motor nie. pagi-pagi lagi, aku daa kene ready untuk amik test komputer nie. aku daa tak baca daa buku panduan pembelajaran KPP uw. sebab malam tadi aku daa study gila-gila daa. aku daa habis jawab 500 soalan dalam buku tu. pagi tu, aku selak-selak macam tu jewp. alu takut sangat. sama takut macam nak amik PMR dulu. haahaahaa aku amik test tuw dekat Jalan Ipoh, Batu 5, Taman Mastiara. lepas daa daftar tu, kene tunggu sekejap. dalam pukul 9 senget-senget uw ( dalam pukul 9 lebih laa ) nama aku dipanggil. aku un dengan confident, aku pergi laa masuk dalam bilik tempat nak amik test uw. aku dapat meja no 10. aku duduk dengan tenang. masuk no i.c. then, jawab. mula-mula ujian kecacatan, warna dan penglihatan. yang tuw aku sekali jawab lulus. ujian uw, kalau salah satu, kira gagal tau. kalau gagal, daa tak boleh amik ujian seterusnya. nak kena pergi jumpa doktor pulak. nak kena sah kan kita nie ada masalah k atau tak. bila daa lulus, aku buat ujian kedua pula, ujian bahagia 1 (statik). nie semua soalan berkaitan dalam buku panduan KPP tu. macam-macam dia tanya. tapi, semua soalan ada dalam 500 soalan tu. dalam banyak-banyak soalan tu, yang keluar 50 soalan jewp. aku pun dengan bismillah, aku mula menjawab. time jawab tu, tangan aku menggigil-gigil kesejukan. berapa laa orang tu bukak aircond dia. beku kowt duduk dalam tu. lepas daa jawab semua, aku semak lagi sekali. aku daa yakin dengan jawapan yang aku berikan. aku pun hantar laa jawapan tu. sekali keluar result, amik kau ! GAGAL ! aku dapat 41/50. nak lulus ujian uw kene sekurang-kurangnya 42/50. 1 markah saja lagi nak lulus. sayang betul. kalau tak, aku daa boleh lulus daa. tapi disebabkan aku tukar jawapan last-last minit, tuw yang gagal uw. betul laa orang kata, jangan tukar jawapan last-last minit. nanti tak selamat ! huhuhuu soalan yang aku dapat tu, senang jewp. maybe aku banyak careless kowt. tu yang GAGAL tu ! aku sedih sangat time uw, yelaa, gagal kowt, baru nak berangan lesen L dalam tangan. tengok-tengok, result failed ! aku apa lagi, decide amik test uw sekali lagi laa. terpaksa laa bayar RM17.00. aku bertambah takut time uw. yelaa, kalau gagal sekali lagi, malu laa. duit kene keluar lagi. kesian pula dekat mama aku. kene keluar duit lagi. aku tenangkan fikiran. baca 500 soalan dalam buku tu. dalam pukul 12 p.m, aku amik test uw sekali lagi. kali nie, aku buat dengan bersungguh-sungguh ! dengan khusyuk aku menjawabnya. tapi, seolan kali ini, lebih mencabar dari yang sebelum nie yang aku jawab tadi. lagi susah. aku daa risau takut banyak salah. 3 kali aku buat soalan uw. aku baca dengan betul-betul. sampai laa masa tinggal 5 minit lagi sebelum tamat. orang-orang yang amik test buat kali kedua, semuanya dah keluar. takut punya pasal nak hantar jawapan. aku keluar last sekali. aku tawakal jewp laa. aku terus hantar jawapan aku. sekali keluar result 47/50. mula-mula aku tak percaya. aku log out, keluar macam uw jewp. pergi amik result dekat kaunter, sekali tengok. amik kau ! betul laa result aku uw. 47/50 ! perghh, dahsyat laa. dalam takut-takut uw, boleh dapat 47 markah. dalam soalan yang susah-susah tu, 47 aku dapat. giler kentang laa. hahahaa alhamdulillah, aku lulus akhirnya. jauh an beza result first dengan yang second tu. first, 41 and yang second, 47. beza 6 markah uw. orang-orang yang amik test kali kedua, kebanyakan cukup-cukup makan jewp. aku dapat 47. aku bersyukur sangat-sangat. tak sia-sia laa aku tunggu nak amik sekali lagi. hehehee s0, lesen L daa ad dalam tangan laa. tinggal test bahagian 2 dan 3 sahaja. ahad nie, aku ada kelas latihan amali permulaan 6 jam di sirkit latihan IMK. lega rasanya bila daa lulus ujian undang-undang teori. hehehee XD betul kata orang, kalau sekali tak lulus ujian komputer tu, biasa laa. tak heran pun kalu tak lulus kali pertama. hahahahaa . itu laa pengalaman aku \ (^_^) / . pengalaman anda pula bagaimana ?
Alamak. Seram saya baca ni. Esok nak g amik ujian undang undang. Hehehe. Orang kata, kalau buat ujian yg download tu insyaallah boleh buat masa real nanti :(
BalasPadamsaya baru je lepas amek ujian komputer , x de rezeki saya gagal ,
BalasPadamnak nangis x boleh .. teriak jer lah .. mggu depan buat lagi insyaalah :"(
nak tanya ni kalau "FAIL" ujian tu kly prtme adakah soalan yang sama akn diajukan or soaln len .. bila nak ulang kly kdua ..
BalasPadam