Orang tua-tua selalu cakap, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia walaupun kita terpaksa menelan derita. Dan jika selepas itu dia kembali kepada kita bermakna dia memang tercipta untuk kita. Dan jika dia tidak kembali kepada kita itu bermakna dia bukan jodoh yang kita nanti-nantikan. Akan tetapi persoalannya, bolehkah kita menerima seadanya dan melepaskan dia yang kita sayang tu pergi? Sanggupkah kita melihat dia yang kita sayang tu bersama orang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan