Rabu, 14 Disember 2011

apA k0mEn anda biLe c!nta jaRak jaUh ?



Org kata cinta jarak jauh nie tak kekal lama. Dan org kata cinta jarak jauh menyakitkan, menyeksakan. Itu org kata. Tapi, bagi aku. Tak semestinya semua org yg bercinta jarak jauh nie tak kekal lama. Ada juga yg kekal. Ada sesetengah org uw. Sampai nak naik pelamin daa. =D
Tapi, menyakitkan dan menyeksakan sudah semestinya. Yelaa, jauh terpisah. Mesti menyakitkan dan menyeksakan. Lagi- lagi bagi perempuan. Perasaan tu mesti adanya. Bagi pasangan yg menjalani percintaan jarak jauh. (termasuklah aku sendiri.. hehehe ) Jgn risau laa hubungan k0wg tak kekal lama. 

keSETIAan dan keJUJURan memainkan peranan penting dalam hubungan kita.  Itu yg paling penting. Kasih sayang, cinta, rindu. Itu semua tak perlu. Sebab, perasaan itu akan hadir sendiri dalam hati kita, perasaan kita. Setia dan jujur adalah satu. Kalau setia tak ada. Tak gunanya ada kejujuran. 

S0, masing- masing kenalah kekalkan kesetian dan kejujuran dalam diri. Kalau laa, lelaki baik perempuan. Terniat nak curang, main kayu tiga, tipu sana sini, tak jujur. Baik jauhkan perbuatan tu awal- awal sebelum hubungan k0wg hancur, akhir sekali clash a.k.a break. Masing- masing ada otak, ada akal fikiran. K0wg boleh fikir sendiri. Boleh bezakan yg mana baik, yg mana buruk. Dan kita jgn risau, kalau pasangan kita, di luar sana cari yg lain. Sebab, kalau benar dia cintakan kita seorang, sayangkan kita jewp. Dia tak akan terniat or terfikir nak cari yg lain. Walaupun ada berjuta- juta perempuan yang lawa, cun di depan mata dia. Tapi, di hati dia, yg sempurna di mata dia. Hanya kamu. 

kePERCAYAan juga perlu ada. Kalau kita tak percaya pasangan kita sendiri, tak guna juga. Kita kenalah percaya pasangan kita sendiri. Yang dia sayangkan kita, cintakan kita, rindukan kita. Jika masing- masing tak saling percaya mempercayai. Boleh huru- hara hubungan kowg. Sebelum hubungan k0wg huru- hara. Mulai sekarang. Mulalah percayakan pasangan anda sebab dia memang memerlukan kepercayaan anda.

Jujur aku cakap, dulu, awal- awal dia nak pergi, tinggalkan aku. (bukan tinggal yg break tu, tapi, aku kena tinggal sebab dia nak sambung belajar. Takkan aku nak ikut kut. hehee ) macam- macam aku fikir. Dalam fikiran aku hanya ada fikiran negative. Kalau dia curang macam mana? Kalu dia tak sayangkan aku lagi, macam mana ? macam- macam aku fikir. Tapi, dialah yang meyakinkan aku. Dialah yang memerlukan kepercayaan aku. Yg dia akan setia dengan aku, jujur dengan aku. Sampai sekarang, semua kata- kata dia, janji dia. Aku pegang ketat- ketat. 

Sekarang baru aku sedar, yg keSETIAan, keJUJURan dan kePERCAYAan masing- masing perlu ada dalam percintaan jarak jauh. Must keep in touch. Kasih sayang, cinta, rindu, dan sebagainya itu, akan hadir dengan sendirinya. Kerisauan tak pernah lekang dari hati. Risau kitalah yang membuatkan kita makin sayangkan pasangan kita. 

Daa setahun, hubungan aku dan dia dalam keadaan jarak jauh. Tapi, kami still bersama. Bukan nak bangga, tapi just nak bagi tahu. Hehee Walau apa pun yg terjadi, apa pun yg berlaku. Aku takkan tinggalkan dia, lupakan dia. Sebab cinta aku hanya untuk dia. Hati aku cuma milik dia. Walau dia jauh dari mata aku, pandangan aku. Tapi, dia dekat di hati aku. Aku sayang dia sangat- sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan